Saturday 26 January 2013

Mari Belajar Bahasa Melayu

Diftong
Diftong ialah perkataan yang mempunyai dua huruf vokal yang disebut sekali dalam satu kata;
Contoh : sungai , tuai, permai, kacau, gulai

Latihan :

Tulis lima kata yang mempunyai diftong.

1. ______________
2. ______________
3. ______________
4. ______________
5. ______________

Nyatakan Ya atau Tidak kepada perkataan yang mempunyai diftong.

saat                 (ya/tidak)
ceria                (ya/tidak)
aiskrim            (ya/tidak)
riang                (ya/tidak)
bersua             (ya/tidak)


Jenis ayat:

Terdapat dua jenis ayat : - ayat tunggal dan ayat majmuk

Contoh ayat tunggal :       i.    Amir makan roti
                                       ii.     Amir makan kek keju.

Contoh ayat majmuk :       i.   Amir makan roti dan kek keju.
                                        ii.    Aina bermain sambil menyanyi.

Latihan  1:

1. Bina dua ayat tunggal

             i.............................................................................................................
             ii............................................................................................................

2.  Bina tiga ayat majmuk.

            i................................................................................................................
            ii................................................................................................................
            iii. ............................................................................................................

Latihan 2 

         Emelkan surat kepada rakan anda. Ceritakan  kepada rakan anda tentang
         Bandaraya Kuala Lumpur.
         hantar emel anda ke alamat ini  :  muslimkasturi@gmail.com




Kata Nama 




Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan

Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan




         p/s : Ruangan ini hanya untuk :
                 tahun 3 Inovatif , 2013 , 
                 SK. Bukit Pantai , Bangsar, 
                  KL 
                 



No comments:

Post a Comment