Thursday 1 November 2012

Guru Ceria

Saat - saat akhir hari persekolahan adalah masa paling bermakna buat semua insan berjawatan guru. Penyediaan pelaporan setiap murid , penentuan prestasi murid serta lain -lain program yang dijalankan membuatkan guru nampak tenang tapi bergelora. Semua pihak perlu saling memahami supaya kualiti kerjaya tetap terpelihara. Tugas guru adalah tugas mulia, berharga malah bermartabat. Guru sepatutnya tidak boleh diperkotak katik oleh persekitaran lain. Cemuhan dan tuduhan yang berunsur sekadar memuaskan hati perlulah ditepis. ditapis:

  •  Insan guru bukan insan yang  suka popular.
  •  Insan guru amat bahagia jika muridnya berjaya.
  •  Insan guru amat bahagia jika tugasnya dipelihara. 
  •  Insan guru hanyalah suara sebagai senjata, dalam kasar dan lembut bicara hanyalah bertujuan anak   didiknya tahu baca, tulis kira dijalinkan amalan hidup yang bermoral.

No comments:

Post a Comment